-sekadar hiasan-
I bukan nak condemm uolls, tapi I just nk nyatakan ada sesetengah sahaja yang bersifat sebegini.
*
*
*
Macam nie cerita dia,
Pada suatu hari....*blabla*...(klasiknye cerita mcm nie) *tukar style*
*
*
Okay, sebenarnya adalah seorang girl, Shazkia (bukan nama sebenar) berkenalan dgn a guy named Sameon (bukan nama sebenar juga! kalau tak mati I).
Sepanjang perkenalan dorg nie, Sameon sgt baik (pijak semut pon tak mati gituu), dgn sweet talker bagai.
Maka si Shazkia nie mcm ada like like la kat Sameon nie.
Sameon pula mcm On je like juga kat Shazkia (kira tak bertepuk sebelah tgn la).
Tiba-tiba Sameon buat perangai, tak layan Shazkia, call tak angkat, msg apatah lagi tak berbalas dan sewaktu dgnnya.
Dengan drastiknya Sameon tak layan Shazkia langsung! (tak berhati perut).
*
*
Tup tap tup tap, Sameon ada girl lain pula.
Mana tak bengang si Shazkia nie.
Masa kenal bukan main layan baik bagai semua.
Mmg la mereka tak declare apa-apa pon.
But at least, jaga la sikit hati perempuan! (ngeng)!
*
*
Shazkia ambil keputusan utk membenci Sameon dan membiarkan sahaja begitu. (baik budak nie)
Kalau I jadi Shazkia, "Haii tak lama kau hidup Sameooooonn!"
*Okayyy skip that*
Setelah beberapa bulan berlalu, Shazkia dpt berita yg tak syok dr rakan-rakan si Sameon.
Rupanya perempuan yg kenal Sameon selepas Shazkia pon kena nasib yg sama. (shit gila Sameon nie)!
Lagi berita tak syok, si Sameon saja nak game Shazkia.
Ayat dr rakan Sameon, "Dia bukannya suka kau ponnn."
Mahu tak berderau si Shazkia nie. Bukan main bengang lagi dia, malu semua ada.
Sameon oh Sameon oii, awat la hg perangai buruk laguni?
Suka main pompuan noh hg nie. Awat gatai sgt dh kaa hat bawah tuhh??
*
*
Begitu la alkisahnya, kesian kat kaum Hawa yg telah dipermainkan dgn si Sameon nie.
Bukan mereka berdua sahaja yg terkena okayy.
Ramai lagi girl kat kampus *tuuut* yg termakan kata-kata manis (puihhh) Sameon.
Almost satu kampus membenci Sameon, jgn kata pompuan, lelaki pon sama.
Budak-budak satu rumah sewa dia, semua tak ngam ngn dia. (padan muka kauu)!
Handphone BB dia hilang (amik kau satu-satu kena balas)!
Dan mcm-mcm lagi.
*
*
Satu je yg menjadi persoalan kat kepala otak I bila I dpt tahu story nie, "Kenapakah Sameon bertindak sebegitu?"
Sedangkan girl-girl yg dia damping, boleh tahan hot nya.
Alahai sygnya, kalau dia serious mesti dah ada firm relationship.
Takda la org nk kutuk-kutuk dan benci dia.
Nk kata broken family, tak ponn, elok je parents nya!
Mungkin dia belum matang lagi(kesiann).
Kepada gegirl diluar sana, beware dgn si Sameon nie.
Gatainya mcm buaya, tp hakikatnya nk game saja!
I think what uolls(girl) need to do is game him back.
Like the story John Tucker Must Die tuhh. (ngahaha mengajo pulak I nie)!
*
*
Apa-apa pon, kepada sang lelaki-lelaki(sesetengah) di luar tuh, tolong laa, tolong jgn nak game perempuan.
Apa yg korg dpt haa? (puas kat mana tah)!
Jadi la matang sikit, kalau pon tak handsome tuh, setiap org ada jodoh masing-masing.
Jangan sebab perangai mcm tuh, org benci kamu seumur hidup! Tahu?!
*
*
Harap-harap semua dpt pengajaran dan iktibar dari entry nie.
I mohon maaf kalau ada sesiapa yg terluka atau terasa.
I just nk share dgn uolls je.
Lelaki mcm nie tak patut berterusan men-game-kan kaum wanita.
Betul tak??
Walaupun dia handsome seperti Jensen Ackles di bawah nie,
perangai sebegitu haruslah di elak, kerana kelak membawa padah.
No exception okay!
Akhir kata dr I, "Buat baik berpada-pada(jgn sampai kena pijak), Buat jahat jgn sekali(dua kali tiga kali boleh la buat)."
=)




No comments:
Post a Comment